My Car Wash @Mantin @Nilai

Assalamualaikum & Salam kasih sayang :-)

Entry kali ni aku nak kongsi macamana aku & Hus boleh terjebak dalam hal ehwal perniagaan CW (car wash @ cuci kereta). Hus aku ni sangat2 cerewat yang teramat bab2 penjagaan kereta, pantang kotor cket. Hampir 2hari 1x dia akan hantar kereta pergi CW. Kadang2 aku membebel kat Hus, ye laa habis je basuh terus hujan tapi dia boleh basuh lagi lepas hujan berhenti (rimas tengok kereta kotor katanya) padahal tak kotor manap0n aku tengok huh!!! 

Then datang idea ktorang nak cuba buka sebuah Pusat Cuci Kereta. Banyak faktor yang perlu ktorang pikir sebelum mula dulu, ye laa aku keje 0il & gas @nilai, Hus lak keje CIMB @kl, mana nak kerja lagi nak business lagi..Tapi tu semua di ketepikan sebab minat Hus s0,aku kena la s0kong kan.


>>Ktorng cari dan pilih lokasi yang berhampiran dengan jalan raya yang sibuk dan padat dengan kenderaan.Penglihatan tapak perniagaan yang baik adalah perlu di ambil kira untuk business CW.

>>Then ktorang pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) @Seremban untuk daftar perniagaan CW. Selepas itu memohon lesen perniagaan dengan Majlis Perbandaran Nilai(MPN) sebelum memulakan perniagaan, nasib laa bos lama aku kat MPN tolong percepatkan kelulusan Lesen. 

>>Tugas Hus pula mencari pembekal pencuci dan peralatan CW untuk bekalan dan buat iklan kerja kosong di CW kami.

>>Perlu membuat satu rancangan perniagaan dan rekod perniagaan dari segi semua aspek untuk jangka masa panjang dan pendek.

>>Hal-hal iklan perniagaan(banner) aku serahkan pada Kedai Printing @nilai sebab dorang buat dengan kreatif untuk memikat pelanggan.
cantekk kan ???
siapa nak free meh datang basuh 6x
>>Sekilas hal CW kami untuk inf0rmasi k0rang yang nak memulakan perniagaan CW 
  • Cari Tanah/Kawasan Yang Sesuai
  • Sediakan modal anggaran RM20,000.00
  • Beli peralatan Car Wash
  • Cari pengedar pencuci dan polish/wax (Meguairs da bestt)
  • Cari pekerja ( Minimum 4 pekerja )
  • Operasi 8.30 pagi - 11.00 malam (isnin-ahad)
  • Gaji Pekerja Basic RM900.00-1000.00 + komisyen + overtime + duit makan
  • Tempat tinggal di sediakan 


No comments :

Post a Comment